Teknik Menjawab Mata Pelajaran Kimia 4541

PANDUAN DAN TEKNIK MENJAWAB
INSTRUMEN PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN KIMIA 4541

1.0   FORMAT INSTRUMEN

   
Bil Perkara Kertas 1 (4541/1) Kertas 2 (4541/2) Kertas 3 (4541/3)
1 Jenis Instrumen Ujian Objektif Ujian Subjektif Ujian Subjektif
2 Jenis Item Item objektif:
Pilih Jawapan
Aneka pilihan
Aneka Gabungan.
Setiap item mempunyai 4 pilihan jawapan A,B,Cdan D
Item subjektif: 
Bhg A: Item Berstruktur 
Bhg B: Item respons Terhad 
Bhg C: Item respons terbuka.
Item subjektif: 
Item Berstruktur 

Item Respons Terbuka.

3 Bilangan Soalan 50 (Jawab semua) Bahagian A: 
6 item (jawab semua) 
Bahagian B : 
2 item (Pilih satu) 
Bahagian C : 
2 item (Pilih satu)
Item Berstruktur: 
2 item (Jawab semua) 
Item Respons Terbuka 
1 item (wajib)
4 Jumlah Markah 50 100 50
5 Cara memberi respons Ditanda pada borang OMR Ditulis pada ruang dalam kertas soalan Ditulis pada ruang dalam kertas soalan
6 Tempoh Ujian 1 jam 15 minit 2 jam 30 minit 1 jam 30 minit
7 Wajaran Konstruk Pengetahuan-25 
Kefahaman-15 
Aplikasi-10
Pengetahuan 14 
Kefahaman 21 
Aplikasi 29 
Analisis 21 
Sintesis 15
Kemahiran Proses Sains: 
16 aspek dengan 3 skor maksimum
8 Aras Kesukaran R:S:T : 5:3:2 

(25 item mudah15 item pertengahan; 10 item sukar)

R:S:T : 5:3:2

(50 skor mudah : 30 skor pertengahan : 20 skor sukar)

-
9 Alat Tambahan Kalkulator saintifik Kalkulator saintifik Kalkulator saintifik
 

2.0   PANDUAN MENJAWAB

2.1   Kertas 1 (Objektif)
       2.1.1 Mulakan soalan mudah.Tinggal soalan yang tidak dapat dijawab untuk sementara. Baca semula dan cuba jawab soalan yang ditinggalkan.
       2.1.2 Cadangan penggunaan masa .1 ½ minit untuk setiap soalan. 50 soalan –75 minit termasuk semakan.
       2.1.3 Terus tandakan jawapan dalam kertas OMR.

2.2   Kertas 2 (Struktur)
       2.2.1 Soalan bermula dengan maklumat tertentu. Fahamkan dan gunakan semasa menjawab
       2.2.2 Jawapan ringkas dan tepat.Bagi soalan penghitungan,tunjukkan langkah penghitungan.
       2.2.3 Cadangan penggunaan masa – 1 ½ jam (90 minit ) untuk 6 soalan termasuk masa semakan.

2.3   Kertas 2 (Esei)
       2.3.1 Baca semua soalan dengan teliti
       2.3.2 Pilih 1 soalan daripada bahagian B dan 1 soalan daripada bahagian C yang dirasakan memberi isi yang tepat dan terbanyak
       2.3.3 Rancangkan jawapan secara sistematik mengikut maklumat yang dikehendaki soalan.
       2.3.4 Setiap soalan / bahagian soalan terdapat jumlah peruntukan markah. Ini boleh digunakan sebagai panduan panjang jawapan. [1 markah – 1 poin]
        2.3.5 Berikan fakta-fakta utama. Dimana yang sesuai,huraikan jawapan dengan bantuan gambar rajah berlabel,graf,jadual atau persamaan kimia.
        2.3.6 Cadangan penggunaan masa – 1 jam (60 minit) iaitu 30 minit setiap soalan termasuk masa semakan.

2.4   Kertas 3
       2.4.1 Soalan melibatkan eksperimen yang dijalankan di makmal.Oleh itu pelajar mesti menghadiri pelajaran amali dan berlatih menulis laporan amali yang sempurna.Dengan ini membantu untuk menjawab dengan baik.
       2.4.2 Kemahiran proses sains seperti memerhati,mengelas,mengukur dan menggunakan nombor,membuat inferens, meramal,berkomunikasi,
menggunakan perhubungan ruang dan masa, mentafsir data, mendefinisi secara operasi, mengawal pembolehubah dan membuat
hipotesis harus dikuasai.
       2.4.3 Biasakan dengan kemahiran membaca alat-radas seperti buret, jam randik dan sebagainya. 
       2.4.4 Buat latihan melukis graf. 
       2.4.5 Penggunaan masa- 1 jam 30 minit bagi ketiga-tiga soalan.
       2.4.6 Untuk soalan 3 pelajar hendaklah menulis tajuk sub topik mengikut urutan seperti dalam soalan.
              Contoh: 
                         (i) Pernyataan masalah ATAU Tujuan eksperimen 
                         (ii) Hipotesis ATAU Pemboleh ubah
                         (iii) Bahan dan radas
                         (iv) Prosedur
                         (v) Penjadualan data

 
3.0   KATA TUGAS

Biasanya soalan bermula dengan kata tugas iaitu apa yang pelajar harus jawab. Pelajar harus tahu kata tugas untuk memastikan jawapan yang ditulis mengikut kehendak soalan.

   
Kata Tugas Penerangan / Contoh
Namakan > Berikan nama dan bukan formula. 
Contoh: Namakan unsur utama yang dicampur dengan kuprum untuk membentuk gangsa. 
Jawapan: Stanum 
Bukan: Sn
Nyatakan > Menulis jawapan dalam bentuk fakta ringkas sahaja. Penerangan tidak diperlukan. 
Contoh: Nyatakan satu sifat asid. 
Jawapan: Menukarkan litmus biru kepada merah.
Nyatakan pemerhatian > Menulis apa yang dilihat sahaja dari segi fizikal. 
Contoh: Nyatakan pemerhatian apabila pita magnesium dimasukkan ke dalam asid hidroklorik. 
Jawapan: Pembuakan/gelembung gas. 
Bukan: Gas hidrogen terbebas. 

> Menulis perubahan warna asal dan warna akhir. 
Contoh: Nyatakan pemerhatian pada warna larutan kuprum(II) sulfat. 
Jawapan: Warna biru larutan menjadi tidak berwarna/semakin pudar 
Bukan: Larutan menjadi tidak berwarna.

Terangkan > Menulis jawapan dengan memberi sebab-sebab untuk menjelaskan sesuatu kenyataan / fakta / prinsip. 
Contoh: Terangkan mengapa gangsa lebih keras daripada kuprum tulen 
Jawapan : Dalam kuprum tulen, atom mudah menggelongsor.Dalam gangsa, atom stanum mengganggu susunan atom kuprum.Dengan itu menghalang gelongsoran atom kuprum.
Apakah yang dimaksudkan (Takrif) > Memberi makna yang tepat. 
Contoh: Apakah yang dimaksudkan dengan hidrokarbon. 
Jawapan: Sebatian yang mengandungi karbon dan hidrogen sahaja. 
Bukan: Sebatian yang mengandungi karbon dan hidrogen.
Berikan ujian kimia > Memberi kaedah ujian dan pemerhatian. 
Contoh: Berikan satu ujian untuk mengenali ion Fe3+. 
Jawapan : Campurkan larutan natrium hidroksida. Mendakan perang terbentuk.
Ujian gas > Menyatakan kaedah dan pemerhatian. 
Contoh: Huraikan bagaimana gas (hidrogen) disahkan hadir. 
Jawapan: Masukkan kayu uji bernyala ke dalam tabung uji berisi gas. Bunyi’pop’ terhasil. 
Bukan: Uji gas dengan kayu uji bernyala.
Huraikan > Menulis dengan lengkap apa yang dilakukan,diperhati atau dideduksikan. 
Contoh: Huraikan bagaimana anda menyediakan larutan kuprum(II) sulfat bermula daripada pepejal kuprum(II)oksida. 
Jawapan : Campurkan kuprum(II)oksida kepada asid sulfurik cair sehingga berlebihan.Turaskan untuk mendapatkan hasil turasan.
Bincangkan > Memberikan isi-isi penting serta mengkaji setiap satu isi itu secara kritikal. 
Contoh: Bincangkan dari segi teori ion mengapa pepejal plumbum(II) bromida tidak boleh mengalirkan elektrik tetapi plumbum(II)bromida lebur boleh. 
Jawapan: Plumbum(II) bromida adalah sebatian ion.Dalam pepejal,ion-ion terikat kuat oleh daya elektrostatik.Oleh itu ion-ion tidak bergerak bebas.Apabila dileburkan ion-ion bergerak bebas.
Ramalkan > Membuat jangkaan sesuatu yang akan berlaku betrdasarkan fakta. 
Contoh: Ramalkan kenaikan suhu yang dijangka jika eksperimen I dijalankan menggunakan radas yang lebih besar. 
Jawapan:Kenaikan suhu lebih rendah.
Bandingkan
Bezakan
> Menyenaraikan perbezaan dan persamaan antara dua perkara. 
> Menyenaraikan semua perbezaan antara dua perkara. 
Contoh: Nyatakan tiga sifat yang boleh membezakan antara sebatian ion dengan sebatian kovalen. 
Jawapan:[Menyenaraikan 3 sifat sebatian ion dan 3 sifat sebatian kovalen]
Lukiskan gambar rajah radas > Melukis gambar rajah dengan lengkap 

(i) Radas berfungsi (contoh: tidak bocor / gabus tidak masuk ke dalam) 
(ii) Label 
(iii) Jika ada larutan, larutan perlu dilorek. 
(iv) Jika ada pemanasan-anak panah dan perkataan panaskan dibawah anak panah.

Lukiskan susunan elektron bagi sebatian yang terbentuk > (i) Sebatian ionik –Bilangan elektron betul bagi semua petala. Cas ion juga ditunjukkan. 
> (ii) Sebatian kovalen- 8 elektron disetiap petala luar dan perkongsian elektron betul. Semua petala ditunjukkan. Bilangan atom yang berpadu juga betul.
Lukiskan graf > Graf dilukis dengan paksi dilabel dan unit betul. 
> Skala yang sesuai, 
> Pemindahan titik betul, 
> Bentuk dan graf licin. 
> Jika hitung kadar pada masa tertentu-lukis segitiga tepat pada tangen lengkungan graf.
Lukiskan gambar rajah aras tenaga > Gambar rajah aras tenaga – anak panah tegak. 
> 2 garis ufuk dan tenaga dilabel. 
> Bahan tindak balas dan hasil tindak balas di garis yang betul.
Lukiskan susunan zarah dalam pepejal > Melukis susunan zarah sekurang-kurangnya tiga baris dan bersentuh tetapi tidak bertindih. (3×3 @ 4×4)
Lukis arah pengaliran elektron dalam sel. > Melukis arah pengaliran elektron – anak panah pada atau selari dengan wayar penyambung dan bukannya merentasi larutan atau melalui larutan.
Tuliskan persamaan kimia > Persamaan yang ditulis mesti seimbang. Keadaan tidak diperlukan. Jika ditulis mesti betul.
Hitungkan > Menghitung dengan menunjukkan jalan kerja (konsep) dan jawapan akhir serta unit.

4.0   KESILAPAN BIASA CALON

4.1   Soalan Struktur
       4.1.1 Tidak memahami tugasan soalan / kehendak soalan
       4.1.2 Menyalin semula soalan
       4.1.3 Jawapan terlalu panjang / memanjangkan jawapan
       4.1.4 Memberi lebih daripada satu jawapan
       4.1.5 Memberi unit yang salah
       4.1.6 Masalah ejaan pada istilah

4.2   Soalan Esei
       4.2.1 Tidak faham tugasan soalan
       4.2.2 Jawapan terlalu umum –tiada isi
       4.2.3 Isi yang diberi tidak sama dengan markah yang diperuntukkan.
       4.2.4 Tidak sertakan gambar rajah sebagai pelengkap
       4.2.5 Tulisan sukar dibaca
       4.2.6 Bahasa – penyampaian tidak memuaskan
       4.2.7 Fakta tidak tersusun

4.3   Lain-lain (terdapat dalam struktur dan esei)
       4.3.1 Persamaan tidak seimbang
       4.3.2 Tidak dapat membezakan antara persamaan ion, persamaan bagi setengah tindak balas atau persamaan keseluruhan.
       4.3.3 Tidak dapat menyatakan warna bahan dengan tepat
       4.3.4 Tidak menyebut warna asal bagi sesuatu perubahan.
       4.3.5 Kesilapan gambar rajah
       4.3.6 Kesilapan dalam penghitungan dimana tidak menunjukkan jalan kerja.
       4.3.7 Tidak menghuraikan kaedah bagaimana ujian ke atas sesuatu bahan dijalankan.
       4.3.8 Tertinggal perlakuan-perlakuan penting dalam huraian eksperimen seperti gaulkan, campurkan, gaulkan campuran dengan rata, panaskan dengan kuat.
       4.3.9 Bagi huraian eksperimen yang berkaitan dengan kuantiti,terdapat calon yang tidak memberikan kuantiti yang sesuai malah ada yang tidak menyebut langsung
       4.3.10 Keliru dengan pemerhatian.Contoh:Gas hidrogen dibebaskan.Sepatutnya pembuakan/gelembung gas.
       4.3.11 Melukis graf : paksi-paksi tidak dilabel dan tiada unit.
       4.3.12 Menganggap Siri kereaktifan sama Siri elektrokimia.
       4.3.13 Tidak menyebut keadaan bahan yang digunakan atau hasil yang terbentuk
       4.3.14 Soalan yang memerlukan perbezaan antara dua bahan, ada calon yang menumpukan kepada satu bahan sahaja. Misalnya soalan tentang perbezaan sebatian ionik dan sebatian kovalen. Calon hanya memberikan sifat sebatian ionik sahaja.

4.4   Penggunaan Istilah/Perkataan Yang Tidak Tepat 

   
Bil Tidak Tepat Sepatutnya
1 Mendakan perang Enapan perang
2 Atom yang stabil Atom mencapai susunan elektron oktet yang stabil
3 Konfigurasi elektron Susunan elektron
4 Larutan jernih Larutan tanpa warna
5 Ion iodida bertindak balas lengkap Ion iodida habis bertindak balas//semua ion iodida bertindak balas lengkap
6 Tindak balas tidak berlaku(pemerhatian) Tiada perubahan
7 Mempercepatkan kadar tindak balas Kadar tindak balas bertambah/meningkat
8 Pembakaran dengan karbon Pembakaran dengan oksigen
9 Magnesium lebih aktif daripada zink Magnesium lebih reaktif daripada zink
10 SEK Siri elektrokimia
11 Magnesium lebih reaktif daripada zink (siri elektrokimia) Magnesium lebih elektropositif daripada zink.
12 Magnesium lebih elektropositif daripada zink.(siri kereaktifan) Magnesium lebih reaktif daripada zink
13 Campurkan ammonia Campurkan larutan ammonia
14 Larutan kalium permanganat Larutan kalium manganat(VII) berasid
15 Polistirena dapat mencegah kehilangan haba Polistirena mengurangkan kehilangan haba
16 Takat lebur ialah takat dimana pepejal berubah menjadi cecair Takat lebur ialah suhu dimana pepejal berubah menjadi cecair
17 Bilangan elektron terluar Bilangan elektron di petala luar/terluar
18 Fungsi titian garam ialah melengkapkan litar dan mengasingkan larutan Fungsi titian garam ialah membenarkan ion melaluinya
19 Natrium menderma elektron Atom natrium menderma satu elektron
20 Struktur elektron stabil Susunan elektron octet
21 Elektron sudah penuh dipetala luar Terdapat lapan elektron di petala luar
22 Tarikan nukleus ke atas petala luar Tarikan nukleus ke atas elektron di petala luar
23 Saiz unsur bertambah Saiz atom bertambah
24 Kadar tindak balas cepat Kadar tindak balas tinggi/meningkat/bertambah
25 Kadar tindak balas perlahan Kadar tindak balas rendah/berkurang
26 Saiz bahan yang kecil mempunyai luas permukaan yang besar Saiz bahan yang kecil mempunyai jumlah luas permukaan yang besar
27 Bilangan zarah bertambah apabila kepekatan bertambah Bilangan zarah per unit isipadu bertambah apabila kepekatan bertambah
28 Sebatian ion dapat mengalirkan arus elektrik Sebatian ion dapat mengalirkan arus elektrik dalam keadaan lebur atau akueus.
29 Jisim atom relatif sesuatu unsur berapa kali satu atom unsur itu lebih berat daripada hidrogen Jisim atom relatif sesuatu unsur berapa kali satu atom unsur itu lebih berat daripada satu atom hidrogen
30 Hidrokarbon ialah sebatian yang mengandungi karbon dan hidrogen. Hidrokarbon ialah sebatian yang mengandungi karbon dan hidrogen sahaja.
31 Nombor pengoksidaan ferum berubah Nombor pengoksidaan ferum bertambah dari +2 ke +3
32 Daya tarikan sebatian ion kuat Daya tarikan antara ion dalam sebatian kuat
33 Daya tarikan dalam molekul lemah Daya tarikan antara molekul lemah
34 Polimer adalah bahan yang terdiri daripada monomer-monomer Polimer adalah bahan yang terbentuk daripada penggabungan monomer-monomer
35 Warna kalium mangganat(VII)menjadi tanpa warna Warna ungu larutan kalium mangganat(VII)menjadi tanpa warna
36 Atom natrium dan klorin terletak dalam kala yang sama kerana kedua-dua atom mempunyai tiga petala Atom natrium dan klorin terletak dalam kala yang sama kerana kedua-dua atom mempunyai tiga petala berisi elektron
37 Sabun terdiri daripada bahagian hidrofilik dan hidrofobik. Molekul sabun terdiri daripada bahagian hidrofilik dan hidrofobik.
38 Sabun merendahkan tegangan permukaan pakaian Sabun merendahkan tegangan permukaan air
39 Zink karbonat berwarna kuning semasa panas dan putih semasa sejuk Zink oksida berwarna kuning semasa panas dan putih semasa sejuk
40 Kuprum didiscas dikatod Ion kuprum didiscas dikatod
 

5.0   SIFAT JAWAPAN YANG BAIK

       5.1   Tepat
       5.2   Ringkas
       5.3   Lengkap
       5.4   Jelas
       5.5   Bersih
       5.6   Teratur

 

6.0   PERINGATAN DAN PESANAN

       6.1   Konsep mol - Perlu dikuasai dengan baik. Perlukan pelbagai latihan dalam semua tajuk yang berkaitan dengan konsep mol. Antara tajuk yang melibatkan konsep mol:

  • Formula dan persamaan kimia
  • Asid, bes dan garam    
  • Termokimia
  • Kadar tindakbalas

        6.2   Menjawab soalan 

  • Kuasai kemahiran memahami arahan /tugasan soalan. Baca soalan dengan teliti. Pastikan jawapan yang diberikan setanding dengan peruntukan markah untuk soalan yang dijawab itu.
  • Bagi soalan esei, buat rangka jawapan terlebih dahulu.
  • Banyakkan latih-tubi dengan menjawab soalan-soalan yang lebih mencabar
  • Jawab juga soalan peperiksaan tahun-tahun lepas. 
  • Mesti buat latihan penghitungan yang melibatkan pelbagai hubungkait.Dalam penghitungan,unit hendaklah diberi perhatian sewajarnya.

      6.3   Penguasaan

       6.3.1 Bahasa/ istilah

  • Gunakan istilah yang tepat,tidak kabur atau secara umum sahaja
  • Perlu latihan menggunakan bahasa yang tepat dalam menghuraikan eksperimen, memberi maksud atau menerangkan sesutu konsep.

      6.3.2 Formula bahan kimia

  • Perlu untuk membina persamaan kimia.
  • Jenis-jenis persamaan harus diketahui dan dapat dibezakan.Misalnya persamaan ion , setengah persamaan.
  • Persamaan penting kerana digunakan untuk menghitung kuantiti bahan atau hasil tindak balas.

      6.3.3 Huraian eksperimen

  • Jawapan mestilah lengkap dan terperinci tidak hanya melukis gambar rajah susunan radas tanpa huraian.
  • Tulis senarai bahan kimia dan alat radas.
  • Beri penekanan kepada cara membuat pemerhatian dan kemahiran proses.

      6.4   Amalkan pembelajaran menyeluruh dan seimbang - iaitu dengan memberi tumpuan yang sama kepada semua bahagian dalam sukatan pelajaran kimia.

      6.5   Lebihkan latihan bagi topik sebatian karbon dan hubungkaitkan alkana , alkena , alkohol , asid karboksilik dan ester.

      6.6   Jangan terus melupakan tajuk-tajuk / bahagian yang banyak menghafal dan mengingat.
      Perkara yang perlu dihafal ialah:
      6.6.1 Jadual Berkala bagi unsur kumpulan 1,17 dan 18 serta kala 3.
      6.6.2 Jadual cas ion
      6.6.3 Siri elektrokimia /siri kereaktifan
      6.6.4 Formula am siri homolog dan nama bagi 10 ahli pertama dalam setiap siri homolog.
      6.6.5 Keterlarutan garam
      6.6.6 Ujian kualitatif anion dan kation
      6.6.7 Carta aliran penukaran etanol.

      6.7 Bagi kertas 3 

      6.7.1 Fokuskan kepada cara membaca jam randik , buret dan termometer dengan tepat iaitu menguasai kemahiran mengukur dan menggunakan alat mengukur.
      6.7.2 Menulis laporan eksperimen mengikut format yang bersistematik
      6.7.3 Mengingat semua kemahiran proses sains.
      6.7.4 Fokus kemahiran melukis graf dan membina jadual


Program Panitia Kimia 2013

PROGRAM PANITIA KIMIA

  1. 1.       Program Sinaran Kecemerlangan

-          Meningkatkan kebolehan menjawab pelbagai soalan melalui latih tubi.

-          Latihan diberikan selepas proses p & p mengikut topic yang diajar

-          Dijalankan sewaktu proses p & p

-          Sasaran : Semua pelajar

  1. 2.       Kelas Tambahan

-          Menghabiskan silibus dan meningkatkan prestasi subjek Kimia

-          Dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan

-          Sasaran : Semua pelajar

  1. 3.       Program Mencapai Bintang

-          Memotivasikan dan meningkatkan kebolehan menjawab soalan aras

sederhana dan tinggi

-          Jawab soalan-soalan SPM tahun lepas mengikut topic (ulangkaji topik

tingkatan 4 diikuti topic tingkatan 5)

-          Dijalankan mengikut jadual yang akan ditetapkan iaitu bermula pada

Februari.

-          Sasaran : Pelajar near miss cemerlang

  1. 4.       Program Menggilap Sinar

-          Memotivasikan dan meningkatkan kebolehan menjawab soalan aras

rendah dan sederhana

-          Jawab soalan-soalan SPM tahun lepas mengikut topic (ulangkaji topik

tingkatan 4 diikuti topic tingkatan 5)

-          Dijalankan mengikut jadual yang akan ditetapkan iaitu bermula pada

Februari.

-          Sasaran : Pelajar near miss galus

  1. 5.       Program Pecutan Akhir SPM

-          Ulangkaji sistematik untuk menghadapi SPM 2013

-          Jawab soalan past years paper & soalan percubaan negeri-negeri lain

-          Dijalankan semasa sesi p&p di dalam kelas dan kelas tambahan selepas

habis silibus.

-          Sasaran: semua pelajar

  1. 6.       Bengkel kecemerlangan Akademik

-          Menguasai teknik menjawab soalan

-          Sesi teknik menjawab soalan semasa p & p dan menjemput guru

cemerlang dan pemeriksa dari luar

-          Akan dijalankan pada Julai

-          Sasaran : semua pelajar

  1. 7.       Program Tutor Tutee (Study group)

-          Tutor akan dipilih dari kalangan pelajar cemerlang

-          Setiap tutor akan menjaga seramai 4 atau 5 Tutee yang dipilih daripada

kelas yang sama.

-          Tugas tutor ialah membimbing tutee menjawab soalan latihan yang

diberikan oleh guru. Mereka bebas menanyakan sebarang kemusykilan

tentang soalan atau konsep kimia yang kurang difahami.

-          Tutor akan mengumpulkan kertas jawapan dan menghantar set jawapan

kepada guru fasilitator untuk disemak.

-          Guru semak dan bincang dengan tutor jawapan. Tutor akan bincang

jawapan bersama tutee masing-masing.

-          Dijalankan mengikut kesesuaian waktu pelajar (selepas sesi p&p)

-          Sasaran : Semua pelajar

Pihak Panitia akan sedaya upaya untuk menjalankan semua aktiviti yang telah dirancangkan pada tahun ini. Jika terdapat mana-mana perancangan tidak dapat dilakukan pada tahun ini, ianya akan dilakukan pada tahun hadapan.

InsyaAllah.

Post Mortem Peperiksaan Akhir Tahun Kimia Tingkatan 4 2012

LAPORAN POST MORTEM PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

TINGKATAN 4 2012 

MATA PELAJARAN           :  KIMIA

a)      Senarai Nama Pelajar Near-Miss Cemerlang Peperiksaan Akhir Tahun 2012 (GRED B DAN C)

BIL

NAMA

KELAS

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

MARKAH

GRED

1

Abu Sofian bin Mahfooz

5IS

61

B

2

Muhd Nur Syiham bin Abdul Razak

5IS

58

C+

3

Farzana Azilah bt Radzi

5IS

54

C

4

Raihana Amira bt Ramli

5IS

54

C

5

Nurul Farina bt Azhar

5IS

52

C

6

Lee Kai Xing

5CM

69

B+

7

Ng Wei Ling

5CM

68

B+

8

Jordon Koh Sing Yap

5CM

65

B+

9

Ang Sin Yan

5CM

65

B+

10

Koh Leong Ket

5CM

65

B+

11

Mustakizah bt Ismail

5CM

62

B

12

Boo Koh Jing Kang

5CM

60

B

13

Abdul Ghaffar bin Abd Ghani

5CM

55

C+

14

Lau Hui Bao

5CM

54

C

15

Loo Hui Min

5GM

64

B

16

Liew Hui Mian

5GM

61

B

17

Ahmad Danish Hedra bin Shaikh Mohd Azman

5GM

58

C+

18

Nor Zahirah bt Abdul Razak

5GM

57

C+

19

Muhammad Azizi bin Ramli

5GM

51

C

20

Muhammad Iqmal bin Bismi

5GM

50

C

21

Gan Cha Ying

5GM

50

C

b)      SenaraiNamaPelajar Near-Miss GALUS Peperiksaan Akhir Tahun 2012 (GRED G)

BIL

NAMA

KELAS

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

MARKAH

GRED

1

Nurazri bin Razali

5IS

37

G

2

Noorul Fuadah bt Ismail

5IS

36

G

3

Nur Soleha bt Zailan

5IS

36

G

4

Muhammad Harith bin Hatta

5IS

34

G

5

Muhammad Ekmal bin Anuar

5IS

33

G

6

Nur Azyatul Naquiyah bt Zamri

5IS

32

G

7

Mohd Dhiya Syafiq bin Mohd Suhaini

5IS

28

G

8

Puteri Natasa bt Abdul Wahab

5IS

27

G

9

Nuramyliena bt Aznan

5IS

27

G

10

Nur Wardatul Amani bt Jasudin

5IS

24

G

11

Nur Syafikh bt Burhan

5CM

38

G

12

Muhammad Hafizi bin Mohd Yusuf

5CM

35

G

13

Nur Ellyanie bt Shafiee

5CM

34

G

14

Muhammad Fahim bin Dzulkifli

5CM

34

G

15

Ika Priska Wahyuni bt Dasmir

5CM

33

G

16

Nur Hidayati bt Abdul Karim

5CM

31

G

17

Khairul Ariffin bin Azhari

5CM

30

G

18

Zarith Sofea bt Hussin

5CM

30

G

19

Pravina A/P Sunderan

5GM

37

G

20

Hanim bt Muhamad Husni

5GM

37

G

21

Er Sing Yoong

5GM

36

G

22

Siti Nur Aishah bt Tukiman

5GM

34

G

23

Syahirah Izzaty bt Anuar

5GM

33

G

24

Muhamad bin Ismail

5GM

32

G

25

Muhammad Hidayat bin Harris

5GM

32

G

26

Shamila bt Razali

5GM

30

G

27

Nurul Izzatin bt Mohamed

5GM

29

G

28

Tan Jia Yan

5GM

28

G

29

Gan Hui Min

5GM

26

G